Dodol Mahkota... Pasaran Global, Citarasa Tempatan
Dodol adalah sejenis makanan yang boleh dikategorikan dalam kumpulan makanan yang manis (manisan). Dodol sangat terkenal di Melaka. Penyediaannya adalah rumit. Walaupun telah ramai mencubanya, tetapi tidak semua yang akan dapat menghasilkan dodol yang bermutu tinggi. Pada kebiasaannya mereka yang mahir membuat dodol ini terdiri daripada mereka yang telah berusia dan diturunkan kepada generasi baru yang benar-benar mencintai dan memastikan dodol yang dihasilkan tetap mengekalkan warisan dan resipi tradisi... cukup lemak, lembut dan pastinya ummph menjilat jari.
Dodol yang merupakan makanan warisan bukan hanya terkenal di Malaysia malahan menjadi pilihan utama pelancong seantero dunia yang datang ke malaysia untuk menjadikannya sebagai buah tangan. Dodol Mahkota merupakan kesinambungan generasi "lama" kepada generasi muda untuk memasarkan produk makanan Halal tempatan kepada semua penggemar dodol.
Dodol Mahkota dipasarkan dalam empat perisa iaitu asli, pandan, durian, jagung yang menjadi pilihan utama citarasa tempatan untuk memenuhi permintaan pelbagai lapisan masyarakat. Kesemuanya sama sedap, sama lembut, sama enak dan berlemak. Bahkan ia merupakan produk keluaran Bumiputra yang ulung-ulung kalinya di pasaran.
Terdapat 8 pakej istimewa yang pastinya menepati kehendak anda. Dodol Mahkota diedarkan sepanjang tahun bukan hanya pada musim perayaan. Malahan kini amat bersesuaian dengan tema dan hantaran perkahwinan yang masih mengekalkan adat warisan zaman berzaman. Di bawah ini, anda boleh tatap dan fikirkan yang mana satukah dodol yang bakal anda pilih. Bukan setakat untuk dimakan sendiri, anda juga boleh jadikan sebagai hadiah ke cenderahati.
Pakej 1: Dodol Peket (RM15.00/ kg)
Pakej 2: Dodol Bekas (RM17.00/ kg)
Pakej 3: Dodol Kiub Peket (RM19.00/kg)
Pakej 4: Dodol Kiub Bekas (RM20.00/kg)
Pakej 5: Dodol Kiub Bekas Kotak (RM13.00/550gram)
Pakej 6: Dodol Bekas Anyam (RM12.00/ 500gram)
Pakej 7: Dodol Bekas Kecil/ cup (RM2.00/100 gram)
Pakej 8: Dodol Mix 200gram (RM5.00/ 200gram)
Bagaimana? Ada yang menjadi pilihan hati.
Sila Hubungi Encik Syahiran (60126376057/ fullhouseenterprise@yahoo.com atau fullhouse.enterprise@gmail.com untuk Pertanyaan dan Tempahan
Terima Kasih Kerana Kesudian Tuan/Puan Mengunjungi laman Blog Ini.
No comments:
Post a Comment