Sunday, August 17, 2008

DODOL WARISAN MELAKA

Dodol merupakan makanan tradisi orang Melayu. Kaedah pembuatan serta masa yang diambil terlalu panjang untuk menghasilkan dodol menyebabkan ia semakin dilupakan. Kebanyakan dodol yang ada di pasaran pada masa ini tidak mempunyai ciri-ciri keaslian yang sebenar. Insaf dengan nasib makanan tradisi (dodol) yang semakin mula pupus, kami mengambil inisiatif menghasilkan dodol yang mempunyai ciri-ciri keaslian yang sebenar di samping diserapkan elemen kontemporari dan moden dalam perisa durian, pandan dan jagung yang menjadi pilihan utama masyarakat seantero Malaysia dengan harga yang berpatutan. Cubalah produk kami dan rasakan perbezaannya. Kami pasti anda akan mengimbau semula kenangan lampau mengacau dodol bersama keluarga.

Sebagai salah satu usaha untuk mempromosikan DODOL MAHKOTA "Dodol Warisan Melaka", saya sedang mengedarkan sampel dodol kepada penggemar-penggemar dodol di Semenanjung Malaysia untuk sepanjang tahun. Datang dengan empat perisa (asli/durian/ pandan dan jagung). Harga daripada RM2 bergantung pada jenis packing. Juga sesuai untuk dibuat cenderahati/ buah tangan/ hantaran. Sekiranya ada sesiapa berminat untuk mendapatkannya, sila emel (fullhouseenterprise@yahoo.com.my) / (fullhouse.enterprise@gmail.com) atau sms kepada saya (60126376057). Insyaallah kalau berminat boleh buat tempahan.

No comments: